Kata Pilar (M) Sdn Bhd — Bayang Sudah Pandai Mengejek
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Satu rahsia. Satu dunia. Dan anda takkan boleh berhenti membaca.
Bayang Sudah Pandai Mengejek mengumpulkan 14 cerpen tentang pelbagai watak dan identiti dalam mendepani bayang-bayang mereka. Omar yang membangunkan raksasa dalam tubuh isterinya Eva; Rafilus yang memilih untuk membunuh lembaga di ruang tamunya; Jin yang dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan menjadikan manusia gila; atau Dr. Azy yang menjalankan terapi untuk pesakitnya secara senyap-senyap, menyelinap dalam gelap malam. Memanfaatkan kepakarannya dalam bidang psikiatri dalam fiksyen, Zul Azlin menerokai dunia psyche manusia yang misteri, mendebarkan, dan ada kalanya, mengujakan. Zul Azlin menulis pelbagai buku bukan fiksyen, antaranya siri Aku Dijangkiti Kehidupan dan siri Himpunan Kes yang Tak Terlupakan bersama Kata-Pilar Books. Beliau merupakan penulis novel Majnun yang merupakan pemenang Sayembara Novel Fixi 2020.
Cerita yang senang masuk, susah nak lupa.
Tajuk: Kata Pilar (M) Sdn Bhd — Bayang Sudah Pandai Mengejek
ISBN: 9789672796084
Penerbit: Kata Pilar (M) Sdn Bhd
Muka Surat: 179
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Zul Azlina
Tahun Terbitan: 2022
Format: Soft CoverÂ
Berat (kg): Â 0.230kg
Dimensi (cm): 19.6cm x 13cm x 1cmÂ
Kalau tak bermanfaat, kami tak jual. Buku ini lepas tapisan kami.