• 85625051
  • 85625051
  • 85625051
1

PTS — Alegori Rumah Api (Matluthfi)

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKLIX
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKLIX
Secure payments
Authentic products | BOOKLIX
Authentic products

Sebuah kisah yang bukan sekadar dibaca — tapi dirasai dalam hati.

 ================ Format: Paperback Saiz: 5.3 x 7.6 ISBN-13: 978-967-369-370-2 Tarikh Terbit: 30 Apr 2017 Jumlah Muka Surat: 208 ================ Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman. Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017. Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai pelukis amatur, kami perlahan-lahan belajar melukis dengan memerhati dan merenung ilustrasi-ilustrasi dalam domain awam. Harapnya buku ini pun dapat perlahan-lahan melukiskan senyuman di muka para pembacanya. Kalau laju lagi bagus!  Tinta Matluthfi Ramai orang tanya alegori ni menatang apa? Macam aligator ka? Dak, tak sama; tu hang. Alegori ni lebih kurang ma

Cerita yang senang masuk, susah nak lupa.


Tajuk: PTS — Alegori Rumah Api (Matluthfi)
ISBN: 13: 978-967-369-370-2 Tarikh Terbit: 30 Apr 2017 Jumlah
Muka Surat: 208 ================ Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman. Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017. Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai pelukis amatur, kami perlahan-lahan belajar melukis dengan memerhati dan merenung ilustrasi-ilustrasi dalam domain awam. Harapnya buku ini pun dapat perlahan-lahan melukiskan senyuman di muka para pembacanya. Kalau laju lagi bagus!  Tinta Matluthfi Ramai orang tanya alegori ni menatang apa? Macam aligator ka? Dak, tak sama; tu hang. Alegori ni lebih kurang macam perbandingan atau perwakilan atau metafora atau analogi. Cumanya sementara metafora dan analogi lebih direct dan jelas, alegori ni lebih kepada cerita yang lebih kompleks yang mewakili lambang-lambang tertentu. Alegori Rumah Api merupakan sebuah cerita ringkas tentang tiga cara manusia menanggap atau memahami hubungan antara Kebenaran (Truth) dan Salvation (Keselamatan) - 1. Adakah manusia perlu sampai kepada Kebenaran dahulu sebelum dapat Keselamatan? 2. Adakah manusia tidak perlu pun sampai kepada Kebenaran sebelum dapat Keselamatan? 3. Atau adakah Kebenaran dan Keselamatan tidak wujud pun dan hanyalah sekadar rekaan manusia semata-mata? Cerita Alegori Rumah Api yang serius ini hanyalah salah satu daripada 38 cerita multi-genre yang lain. Kalau hang malaih pikiaq benda berat-berat, hang relaks, ada belunggok (banyak) lagi cerita-cerita lawak dan coretan-coretan peribadi termasuklah cerita aku travel pusing sana sini pada tahun 2016. Aku sebenarnya dah malas menulis dekat media sosial sejak kebelakangan ni. Sat lagi mai komen yang salah interpret la, komen tak paham, komen nak bergaduh, komen juai barang; waduh-waduh satu kerja pulak aku jadi ahli parlimen menyantuni ra'yat jelata semua. Jadi aku menulis senyap-senyap saja la untuk buku, sambil minum ayaq oren.  ISI KANDUNGAN Prakata Per-Punks-takaan British Malaikat Tambahan Dakwah di Tengah Mosh Pit Abulula dan Syarikat Ai rEksperimen Individu, Alat, dan Nasib Ameer dan Sakti Kilat Zaqwan Melapah Lembu Alegori Rumah Api Exactly Dayang Mengilas Provokasi Mat Salih Fesyen Rambut Imran Interpretasi dan Hakikat Nombor 6 dan 9 Kain Mahal Seronok Awal Kekeliruan tentang Hubungan antara Nilai dan Pandangan Alam Che Puih Kem Jati Diri Lutut Lari Ayat-ayat Defensif dalam Persaingan Menurut Analisis Anna Freud, Sartre dan Nietzsche Pak Zam Rebah Leman Boleh Penilaian yang Salah terhadap Anwar Hadi Inspektor Feminisme Paradoks Nasihat Pak Tom Muzium Ebrat Rahsia Khusyuk Ibadat Si Abid Kashmit UPSR 2016: Apa Lagi yang Mak Bapak Mahu? Sepotong Surah Kemiskinan Membahayakan Aktivis True Berceramah tentang Aktivis Selebriti Taktik Menyelamatkan Diri Ketidakfahaman Jenaka yang Tidak Berbendung Solat Subuh bersama Ustaz Suhaimi Falasi Logik Tangan dan Dosa Tangkal Penghalang Gol Kelab Bola Sepak Rwanda Kelayakan Merungut: Antara Orang yang Mengundidan Tidak Mengundi Perebutan Saka Anak-anak Tok Rasiman
Format: Paperback Saiz: 5.3 x 7.6


Kalau tak bermanfaat, kami tak jual. Buku ini lepas tapisan kami.