Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd — Bara Sang Pengarang karya Osman Deen
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Satu rahsia. Satu dunia. Dan anda takkan boleh berhenti membaca.
Apabila terlalu cuak, marah atau dikuasai emosi kuat, Bayu Biruni akan terbakar. Disebabkan itu, dia mengasingkan diri daripada masyarakat dan memilih menjadi novelis yang suam-suam kuku. Namun, segalanya berubah apabila penulis legenda, S. Rajawali, meninggalkan wasiat yang menggegarkan industri penerbitan. Bayu diamanahkan untuk menyambung siri ceritanya. Dalam wasiat itu juga dinyatakan, mana-mana penerbit yang berjaya menandatangani kontrak bersama Bayu, akan mendapat semua hak cipta karya Rajawali, khazanah penerbitan yang sentiasa menjadi rebutan. Lalu Bayu diburu oleh sekalian penerbit di Malaysia. Waja, anak Rajawali sendiri tidak berpuas hati. Kewujudan sekumpulan insan misteri pula menimbulkan tanda tanya. Hidup Bayu yang dulu tenang, kini haru-biru. Perlukah bara legasi ini dinyalakan?
Cerita yang senang masuk, susah nak lupa.
Tajuk: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd — Bara Sang Pengarang karya Osman Deen
ISBN: 9786297772080
Penerbit: Karangkraf
Muka Surat: 340 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Ahmad Erhan
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.344 kg
Dimensi (cm): 20 cm x 12.9 cm x 2.6 cm
Kalau tak bermanfaat, kami tak jual. Buku ini lepas tapisan kami.