Novel Belenggu
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Cerita yang senang masuk, susah nak lupa.
Tasha membesar dalam sebuah rumah yang sentiasa terasa sempit. Bukan kerana dindingnya, tetapi kerana adanya suara yang sentiasa merendahkan dirinya. Setiap pilihan hidup Tasha dipersoalkan. Setiap kesilapan, walau sekecil mana, dijadikan bukti bahawa dia tidak pernah cukup baik. Sehingga dia menginjak dewasa, Tasha masih terperangkap dalam kawalan seseorang yang masih tidak mahu melepaskan cengkamannya itu. Perkahwinannya bersama-sama suaminya memberi sedikit ruang untuk Tasha bernafas. Namun ketenangan itu tidak pernah benar-benar hadir. Campur tangan demi campur tangan, rahsia demi rahsia, serta hubungannya dengan ibu dan adik-adiknya yang semakin retak memaksa Tasha berhadapan dengan satu persoalan yang paling menakutkan; adakah luka yang diwarisinya itu boleh diputuskan atau ia akan terus menjalar kepada generasi seterusnya? Kemudian, apabila perkahwinan adiknya runtuh, Tasha ditudi
Cerita yang senang masuk, susah nak lupa.
Tajuk: Novel Belenggu
ISBN: 9786297836232
Penerbit: Must Read
Muka Surat: 408 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Sue Oshin
Tahun Terbitan: 2026
Format: Softcover
Berat (kg): 0.35 kg
Dimensi (cm): 2 cm x 19 cm x 13 cm
Kalau tak bermanfaat, kami tak jual. Buku ini lepas tapisan kami.