Penerbit-X — Detektif Vampire: Penghisap Darah
- Regular price
- RM 12.00
- Sale price
- RM 12.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Buku yang buat anak teruja membaca — bukan terpaksa.
Inspektor Farid menyiasat kes kehilangan dan kematian mangsa yang ditemui tanpa darah, dipercayai berkait dengan vampire. Pada masa yang sama, Kelab Detektif Vampire telah diharamkan oleh pihak sekolah daripada menerima sebarang kes. Namun, Dalilah datang meminta bantuan mereka untuk menyiasat kumpulan muzik terkenal, Alpha, serta kehilangan dua sahabatnya. Anaqi dan rakan-rakannya mula mengesyaki band yang turut dianggotai adik Dalilah ada kaitan dengan kes kehilangan dan kematian misteri, terutama apabila mangsa-mangsa terdiri daripada peminat mereka. Walaupun berdepan bahaya, Kelab Detektif Vampire terus menyiasat sehingga mereka berdepan musuh yang jauh lebih menggerunkan. Dalam masa yang sama, rahsia organisasi E.D.E.N mula terbongkar sedikit demi sedikit, termasuk misteri kematian ayah Hafiy serta ibu bapa Anagi. Kini, Kelab Detektif Vampire semakin hampir kepada petunjuk terakhir
Buku yang buat anak teruja membaca — bukan terpaksa.
Tajuk: Penerbit-X — Detektif Vampire: Penghisap Darah
ISBN: 9786294641389
Penerbit: Penerbit-X
Muka Surat: 174
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Ilya Abdullah
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.10 kg
Dimensi (cm): 1 cm x 18 cm x 11 cm
Kalau tak bermanfaat, kami tak jual. Buku ini lepas tapisan kami.