Buku Puris — SOMNIPHOBIA Sumpahan Syaitan
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Satu rahsia. Satu dunia. Dan anda takkan boleh berhenti membaca.
 Somniphobia ialah salah sejenis fobia atau ketakutan untuk tidur. Ia merupakan gangguan tidur yang luar biasa. Individu yang mengalami Somniphobia takut untuk tidur kerana takut untuk mengalami mimpi ngeri atau menyeramkan.  Anas, seorang pemuda yang baru meminati buku-buku genre seram. Dia telah membeli beberapa buah novel, termasuklah sebuah novel bertajuk Somniphobia yang diberi secara percuma. Sejak membaca novel Somniphobia , dia mula mengalami mimpi-mimpi seram yang dirasakan seperti benar. Malah, dia juga semakin keliru antara realiti dan mimpi. Pernah dia cuba untuk memulangkan dan membuang buku itu, tetapi usahanya menemui jalan buntu kerana ada ‘sesuatu’ yang mengganggunya. Rakan di tempat kerja Anas iaitu Faiz, menawarkan pertolongan. Dia mengajak Anas untuk tinggal bersama dengannya setelah rakannya itu semakin tidak terurus. Anas menjadi somniphobia, iaitu takut unt
Cerita yang senang masuk, susah nak lupa.
Tajuk: Buku Puris — SOMNIPHOBIA Sumpahan Syaitan
ISBN: Â Â 978-983-097-767 -6
Penerbit: Â PENULIS:Â Iwan Reaz
Muka Surat: Â 480
Penulis:  Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor.Memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (major Sains Aktuari) dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di bahagian latihan sebuah agensi berita. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2009. Sehingga kini, sudah menulis 12 buah buku dan terlibat dalam 13 buku antologi bersama penulis lain. Antara buku yang ditulis ialah  Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan. Karya beliau bersama BUKU PURIS ialah kumpulan cerpen Hologram , novel seramistik Magna Sayap Hitam dan yang terbaharu novel Somniphobia . Selain buku, Iwan juga menulis skrip TV, cerpen, puisi dan artikel untuk disiarkan dalam majalah serta surat khabar tempatan. Iwan juga mengendalikan bengkel penulisan kreatif dan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah.
Berat (kg): 0.30
Dimensi (cm): Â Â
Kalau tak bermanfaat, kami tak jual. Buku ini lepas tapisan kami.