• 96757519
  • 96757517
  • 96757516
  • 96757519
  • 96757517
  • 96757516
1

PTS — Tazkirah Makan Dalam

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKLIX
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKLIX
Secure payments
Authentic products | BOOKLIX
Authentic products

Ajar anak tentang agama dengan cara yang buat mereka teruja, bukan takut.

Buku ini memuatkan kisah-kisah yang dekat dengan masyarakat. Kisah-kisah cinta, kisah rumah tangga, pasangan hidup, realiti kehidupan, dan realitI masyarakat. Menyentuh tentang ujian hidup, pengalaman, dan kerisauan insan. Memuat akhlak mulia dan perkara yang dapat membuat hati bahagia. Berikutnya tip cara menangani stres mengikut acuan Islami. Kisah yang dihadapi semua orang insyaAllah. Tujuan tulisan ini adalah supaya kita sama-sama mengingati Allah dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Ini kerana, dari mana kita datang ke situlah kita akan dikembalikan. Balasan baik adalah bagi orang-orang yang taat, beramal, dan bertakwa. Ini janji- Nya. Tanpa mengaku-ngaku milik sendiri, dalam buku ini ada yang asli idea saya dan ada pula idea orang lain yang dikutip di sana sini. Ada kutipan daripada al-Quran, hadis Nabi s.a.w, para ulama salafus- soleh, tokoh-tokohnya yang mulia dan

Buku yang buat anak teruja membaca — bukan terpaksa.


Tajuk: PTS — Tazkirah Makan Dalam
ISBN: 9789674813147
Penerbit: PTS Publishing House
Muka Surat: 256
Halaman: hitam putih
Penulis: Anwar Nursi
Tahun Terbitan: 2025
Format: Softcover
Berat (kg): 0.25
Dimensi (cm): 19.5 cm x 13.5 cm x 1 cm Sinopsis Buku ini memuatkan kisah-kisah yang dekat dengan masyarakat. Kisah-kisah cinta, kisah rumah tangga, pasangan hidup, realiti kehidupan, dan realitI masyarakat. Menyentuh tentang ujian hidup, pengalaman, dan kerisauan insan. Memuat akhlak mulia dan perkara yang dapat membuat hati bahagia. Berikutnya tip cara menangani stres mengikut acuan Islami. Kisah yang dihadapi semua orang insyaAllah. Tujuan tulisan ini adalah supaya kita sama-sama mengingati Allah dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Ini kerana, dari mana kita datang ke situlah kita akan dikembalikan. Balasan baik adalah bagi orang-orang yang taat, beramal, dan bertakwa. Ini janji- Nya. Tanpa mengaku-ngaku milik sendiri, dalam buku ini ada yang asli idea saya dan ada pula idea orang lain yang dikutip di sana sini. Ada kutipan daripada al-Quran, hadis Nabi s.a.w, para ulama salafus- soleh, tokoh-tokohnya yang mulia dan buku-buku yang dibaca. Sementara rujukan dan sandaran disertakan di akhir halaman. Harapan saya pembaca membacanya sehingga selesai tanpa melangkau di sana sini dan bermanfaat hendaknya. Apa yang baik dijadikan teladan sementara yang buruk dijadikan sempadan. Andai ditemukan kesalahan, tegurlah. Andai ditemukan suatu yang baik dan berguna, doakanlah penulisnya dari kejauhan. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maka, sekarang saya persembahkan karya yang tiada sepertinya ini ke hadapan pembaca. Bacalah dengan memulainya dengan kalimah taiyyibah Bismillahirrahmanirrahim. Salam daripada penulis. Al-faqirilallah - Anwar Nursi. Ulasan Buku “Buku yang luar biasa. Sungguh jika anda membaca buku ini, anda akan ‘melekat’ untuk membaca dan terus membaca.” Buku yang luar biasa. Bersahaja tetapi sangat menyentuh kerana pendekatannya yang santai tetapi sampai. Jangan memandang rendah kepada ayat-ayat mudah yang digunakan justeru ia penuh dengan falsafah yang menarik untuk ditekuni. Indah. Mudah. Itulah dua perkataan yang terluncur dalam hati saya apabila mula membelek-belek membaca naskhah yang dikirimkan oleh penulisnya kepada saya. Walaupun ketika itu saya kurang sihat, tetapi buku ini menyegarkan minda saya. Dan saya rasa bertuah kerana diberi perhargaan untuk menulis sesuatu berkenaan buku ini. Buku ini banyak mengajak dalam mengajar. Serasa berkongsi tetapi jika diamati penulislah yang banyak memberi. Cerita-cerita zaman kanak-kanak, kisah-kisah biasa dalam kehidupan, kejadian, dan peristiwa yang berlaku di hadapan mata, rupanya penuh pengajaran dan hikmah jika ditulis penuh kebijaksanaan dan keterampilan. Sungguh jika anda membaca buku ini, anda akan ‘melekat’ untuk membaca dan terus membaca. Seolah-olah membaca kisah sendiri. Ya, buku ini memaparkan kisah kita! Saya juga tertarik kerana buku ini memasukkan rencah yang sedap dinikmati. Fakta Sains, ungkapan-ungkapan orang bijaksana disisip dengan begitu kemas dalam hujah dan pandangan. Tentu sahaja penulis telah membuat ‘homework’ yang teliti untuk memenuhi tugasan ini. Tahniah.


Kalau tak bermanfaat, kami tak jual. Buku ini lepas tapisan kami.